Hy kawan-2 sedara mara , musuh terdekat. Eh, mane ade musuh. Pandai bergurau. Nampak tak betapa teruknya keadaan blog saya semenjak 5 menjak ni? Huu. cakap camni konon2 ade org nak caring sangat. waa.. Blog ni hampir hancur sebenarnya. Niat dihati nak cari layout yang paling simple. Sudahnye jadi blog yang paling hancur. ah, tak kisah lah. Yang penting saya masih ingat link blog saya. Alhamdulillah. Masih ada yg bagi kekuatan pada saya untuk terus bersama blog ni. Terutama bila teringat zaman baru belajar nak buat blog. Nampak tak tajuk diatas? Kesian sangat. Tajuk diatas tersangatlah menyayat hati sebenarnya. Saya rasa saya hampir2 buta IT. hampir dah tak ingat ape nak buat apa dengan blog ni sebenarnya. Dah surrender. Langsung takde semangat nak buat ape2 untuk update blog ni. Dah macam buta IT sangat. arghhh ! Padahal baru berapa bulan je tinggal blog ni. Buat masa sekarang ni memang macam ni lah keadaan blog ni. Terimalah seadanya. Seperti yg saya cakap sebelum ni. Faktor umur barangkali. Insya Allah bila ingatan saya semakin pulih nanti saya akan repair ape yang patut. Mungkin banyak yang perlu di refreshkan lagi dalam ingatan nii. Maklomlah, ni pun saya taip guna typewriter je. nampak tak? Nampak kan saya sedang menipu anda. Terima kasih membaca.
sila buat entri baru. saya sudi membacanya.
ReplyDeletewahh.. terharunya. Insya Allah :)
Deleteterima kasih !