Followers

Nuffnang Ads

Friday, September 27, 2013

TIPS : Kenakan Roomate yang menyakitkan hati.


Nah, pada sape-sape yang masih study atau baru rase nak mule hidup sebagai student yang jauh dari mak ayah nak2 yang duk hostel bapak punye boring kan? Dapat pulak roomate yang bebal. Terase macam malang giler hidup kan? So korang boleh ikut tips ni. Wish you luck ! Copp ! kalau kena penyepak saye tak tanggung ! Kakakakah !

  • Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bahawa takde org kat rumah. Unpack segala barang anda & pegi tidor.
  • Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati "horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan bagitau dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg".
  • Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 "Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
  •  Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"
  • Beli pokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi!" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
  • Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."
  • Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"
  • Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.
  • Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."
  • Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yang anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.
  • Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bahawa yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
  • Kalau roommate suka gosok gigi kat singki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bahawa anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
  • Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
  • Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.
  • Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
  • Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
  • Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tersebut. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
  • Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
  • Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile roomate jage pakat2 buat tak nmpk ape2.
  • Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.
Actually benda alah ni dah lame pon. Saje nak share jadi bahan gelak untuk hari Sabtu yang agak lemau ni. So sape2 yang rase dia macam malang sikit dapat roomate bebal & menyakitkan hati , try2 la tips ni. Kot2 berjaya. HAHA !

4 comments:

  1. ganas betul tip dia..hahaha..konfem rumate tu lari cari bilik lain..

    ReplyDelete
  2. haha..mesti roomate bengang gler2 kan..??

    ReplyDelete
  3. Memanglah kalau boleh memang taknak gaduh dgn roomate... tp tip yang terakhir tu boleh dipraktikkan kot hehehe kompom dia lari ak cukup tanah

    ReplyDelete
  4. saya suka no 4, marker tu. huhu

    ReplyDelete

Oh, terima kasih komen :)