Followers

Nuffnang Ads

Tuesday, April 23, 2013

Bukan esei. Tapi nak berleter.

Takde gambar. Ini bukan cerpen. Ini bukan esei. Ini bukan puisi. Sajak pun bukan. Nak tahu sila baca. Taknak baca sila byebye. 

Jujur. Bila cakap pasal POLITIK aku mengaku aku kalah. Serba serbi tak tahu. serba serbi aku buta.  Malahan pembubaran parlimen tu pun eksyen2 je buat macam tahu sgt. Pendek cerita, aku cuma tak sabar nak mengundi. Sebab tu aku suka bila parlimen dah bubar. tu je. Takde sebab lain langsong. Sebab tu bila org lain mule nak cakap pasal politik dengan aku, aku jadi benci. gile2 punye benci. Sebab rase macam nak bawak gadoh. Sampai canggitu sekali teruknye. Memang penting. Tapi aku cepat muak. Nak kata ape? ha kate lah. Cakap pasal cinta pun aku cepat menyampah. Tapi kalau pasal mocha. Takpe. Silakan.

Lagi satu aku lebih suka salahkan politik. Sebab politik, kita tak kenal sape sedare kita. Tak kenal langsong sape kawan. Melainkan kalau korang sokong parti sama. Kalau dekat facebook tu boleh bilang dah tinggal brp org kawan. Sebab menyampah dieorg canang tak abes2 politik punye pasal. Yang paling menyayat hati, ade yang tak kenal keluarga. Semua salah politik. Kadang2 sebab politik mulut orang bijak pun boleh jadi macam dungu. Serba serbi bodoh. Dah pandai mancarut caci maki. Hebat. Taknak kalah langsong. Kemaruk sgt. Macam tak kenal agama. Kesian. Tapi nak buat macamane. Dah nampak macam politik lebih segalanya dari hal agama. Memang aku tak layak nak cakap soal agama. Sebab aku pun entah ke mana. Entah. Pelik. Bukan nak salahkan sape2. Cuma nak salahkan diri sendiri. Kenapa tak suka amik berat pasal politik. Sedangkan negara ni negara demokrasi. Ye , aku tahu. Aku sebut jelah. 

Bila ade yang tanya aku sokong kerajaan ke pembangkang? Aku jawab Entah. Sukahati. Undi Rahsia. Undi rahsia. Undi rahsia. Macam tak berakal je jawapan. Sampai masa aku Diam. Rilek. Pangkah. kata fynn jamal. Haa, yang tu aku setuju. betullah kata dia. siapapun yang menang. siapapun yang kalah. Beriman lah pada qada' dan qadar. Nak salahkan sape? Takkan nak salahkan org mengundi? Dah daftar jadi pengundi pun kira mujur. Kalau mengundi tu tak wajib. Tak de motif aku nak tunggu lelame dekat pejabat pos tu. Nasib baik mak beleter suruh gi daftar je. Berhentilah menyebar kebencian. Kita Islam. Kita satu agama. Toksah duk canang 1 dunia. orang tu betul orang tu salah. Malu sikit. Mujur 5 tahun sekali. Kalau setahun sekali. Rabak otak. Hancur negara. Sedih. Sape susah? Bukan rosmah. Tapi kita. Rakyat yang susah. Nak kata padan muka? Dah tak guna.

Sebab tu aku rase, biar langsong tak tahu pasal politik. Daripada tahu. Nanti jadi taksub. Susah. Selagi tak mengundi, siang malam duk sibuk. Makan entah bila. Mandi kadang tak menyempat. heh. Belom lagi kalau yang dah beranak pinak. Toksah nak cakap. Aku dah nampak sendiri. Dah kena pun. Sebab tu aku tak suka sangat bila orang duk canang pasal politik kat aku. Tak boleh bawak ke mati. Masa dgn keluarga mana nak cari kalau dah mati? Bukak pintu rumah nampak bulan. Bukak pintu rumah nampak dacing. Nampak roket. Bagai bagai lagi. ok dah Taknak beleter panjang. Tak dapat duit. byebye.

No comments:

Post a Comment

Oh, terima kasih komen :)