Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi. Ketame tame kalinya, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucap syukur kepada ilahi kerana sampai detik dan saat ini masih lagi diberi pinjam nyawa ini untuk saya nikmati alam dibumi bertuah ini. Terima kasih Allah, bagi saya pinjam tangan, jari jemari untuk saya terus aktif dalam dunia khayalan taip menaip saya ini. Alhamdulillah, mata masih lagi sihat untuk menghayati keindahan alam. Mulut masih lagi gagah untuk menyebut syukur. Masih lagi diberi kesempatan untuk tukar2 setting dekat camera. Klik2 kamera amik gambar keindahan alam. Subhanallah. Bilamana Allah masih lagi memberi kita guna apa yang sebenarnya milik dia, belajarlah sebut syukur. Jangan pernah lupa. Kita adalah peminjam. Allah adalah pemilik.
Lokasi : Taman Bukit Pelindung, Kuantan
Waktu : 6:02 PM
Tarikh : 23 JUN 2013 (AHAD)
Lokasi : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Waktu : 8:43 AM
Tarikh : 23 JUN 2013 (AHAD)
Lokasi : Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
Waktu : 8:43 AM
Tarikh : 23 JUN 2013 (AHAD)
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menghayati apa yang tercipta olehMu ya Allah.. Gambar2 diatas saya rakam pada 23 Jun 2013 , tarikh ni mase bulan sedang mengelilingi bumi ek? Erkk, sori. Saya kurang fasih kalau bab-bab macam ni. Saya bukan budak sains. Hurmm.. Takpe lah kan? Tapi sepanjang malam perjalanan saya pada hari Ahad lepas, Allah bagi saya tengok bulan tu seolah2 berputar dalam 10 kali putaran kalau tak silap saya. Subhanallah. Terima Kasih Allah sebab terase macam dipilih oleh Allah untuk menghayati semua yang dicipta oleh DIA. Nampak macam serius entry kalini kan? Tak kelakar kan? Macam tu jugak lah kehidupan. Ada masa kita gembira. Ada masa kita perlu serius. Ok? Dah, Senyum :)
No comments:
Post a Comment
Oh, terima kasih komen :)