Bila pandang sesuatu dengan hati seni. Maka seni lah ia. Bila pandang sesuatu dengan hati yang remeh. Maka temeh la jadinya. Same macam kehidupan. Sama macam penulisan. Bila kita baca sesuatu dengan tak kena gaye, maka memang ade yang tak kena lah pada hati kita. Tapi bila kita baca sesuatu kena dengan gayanya. Positifkan ape yang kita fikir, Insya Allah positif lah hasilnya. Wahh? boleh jadi pakar kaunseling dakk? Hebatkan? Ye, memang dah jadi terbiasa. Bile seringkali medium sosial yang jadi mangsa untuk kite luahkan sesuatu. Luah gembira, luah sedih, luah nyampah, luah muak, luah muntah, luah nasik basi segala bagai luah. Tapi memang jenis kita manusia yang lebih suka taruk diri sendiri dalam tulisan orang. Tak pernah cukup. Kononnya orang tu duk luah sane sini pasal dia tak puas hati. Tibe-tibe kite terbace. Kebetulan pulak memang benda yang dia luah tu setepek kena pada kita haritu. Tak pasal2 kita tuduh dia tuju pada kita. Kenapa nak perasan giler? Padahal tukang taip status tu tak teringat langsung pasal kita pun mase tu. Lepas tu kita pulak balas membalas status tuju pada dia pulak. Haa, camtu la pendek kata. Sampai takde yang sudah.
MAKA..
Janganlah kita selalu perasan yang semua benda dalam dunia ni berkisar tentang kita SAHAJA.
Kalau kita cari diri kita dalam status-status keliling manusia dalam tu memang kita akan jumpa.
Pasti akan jumpa.
Sebab? Kita MANUSIA.
Dosa kita,
Pahala kita,
Lebih kurang sama.
Cuma aplikasinya dilain2 situasi dan masa.
Berhenti merasakan semua benda adalah tentang kita.
Walaupun kadang-kadang MEMANG.
No comments:
Post a Comment
Oh, terima kasih komen :)