Followers

Nuffnang Ads

Friday, June 28, 2013

SURAT UNTUK CALON IBU MERTUA

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sebelum saya terus menggores kata dalam tulisan ini..
Izinkan lah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu

Duhai calon ibu mertuaku,.
Perkenalkanlah saya adalah wanita biasa dengan keperibadian yang teramat biasa dan dari kalangan keluarga yang biasa saja…
Saya bukanlah Khadijah ra, Seorang wanita yang luar biasa dalam Sejarah wanita islam…dan teramat Mulia
Saya bukanlah Aisyah ra, Seorang yang utama dalam ketakwaannya…..
Bukan pula Fatimah Az Zahra yang sangat utama dalam Ketabahannya……..
Tidak pula seperti Zulaikha yang teramat sangat cantiknya……….
Apalagi al Khansa yang sangat pandai mendidik mujahid – mujahid kecilnya…….

Tapi,..Seperti yang saya katakan,….saya hanya wanita biasa,…
Dengan ketakwaan yang biasa….
Ketabahan yang tak seberapa,…..
Dan kecantikkan saya pun tak pantas di perhitungkan….




Namun ibu,….
Saya adalah wanita akhir zaman,….
Yang punya cita – cita, menjadi wanita Solehah…
Yang akan berusaha mengabdi pada calon Suamiku
dan juga padamu…..Calon Ibu mertuaku….

Duhai, Calon ibu mertuaku….
Saya harap kita bisa menjadi rakan yang baik,…
Kerana pernikahan adalah membuka tabir rahsia antara saya dan anakmu…
Perlu banyak kesabaran untuk menghadapi banyaknya kejutan – kejutan dari perbezaan antara kami,….
Saya berharap ibu dapat menjadi penasihat jika ku sedang dalam ke alpaan…
Menjadi pendegar yang setia saat saya ingin berbagi….
Kerana sekali lagi saya bukanlah Siti Hajar yang sabar dalam penderitaan….

“Waalaikumsalam Warohmatullahi Wabarakatuh

Dari Calon Menantumu…

*Salam santun*

2 comments:

  1. Oh...indahnya...
    Semanis Kurma...manisnya

    ReplyDelete
  2. mama saya pesan kalau nak cari menantu cari lah menantu jangan cari hantu..So pesanan buat awk yang dah kawen jadi lah menantu yang baik..=)..moge bahagia dengan si dia sehingga syurga..=)..Taniah!

    ReplyDelete

Oh, terima kasih komen :)